“Peluang masa ku dah beri kau tak nampakkan? Nak ruang? ku dah bukak hati ni dah lapangkan. Why kau tak faham ku? so baby go, Dah penat tanggung beban now dah penuh.” Bahagian korus yang penuh dengan luahan hati secara langsung terhadap seseorang yang mensia-siakan peluang dan mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang diberikan.
“Pengalaman dalam kehidupan sebenar memberikan inspirasi dalam penghasilan lagu. Proses-proses yang dilalui membantu dalam pencerahan idea dan penyampaian konteks yang jelas tentang apa yang ingin disampaikan.” DANY-4L berkata lagi dia amat bersyukur kerana sebelum keluaran lagu ini, reaksi dan “feedback’ yang diberikan ketika persembahan dan setiap hantaran-hantaran ringkas di platform-platform media sosial mendapat sambutan yang menggalakan.
Dengarkan lagu ‘MASA’ di semua DSP yang terpilih pada 27/9/2024 sebagai tanda sokongan kepada industri muzik di Malaysia yang sedang berkembang pesat.