Penyanyi yang tidak asing dengan scene hip-hop di Johor Bahru, Azry yang sudah lama menyepi kini kembali dengan single terbarunya Kembali.
“Dah lama saya menyepi dengan urusan peribadi dan sudah sampai masanya saya membuat penampilan semula didalam industri seni.
“Lagu “Kembali” menceritakan tentang segala yang berlaku pada masa lepas merupakan pembelajaran untuk mematangkan hidup dan waktu yang telah berlalu membuatkan saya lebih matang dalam penulisan dan penghayatan lagu.
“Kini saya bersedia menghasilkan lebih banyak produk muzik yang lebih fresh dan trendy.
“Gerobok Records menawarkan saya peluang untuk membuat penampilan semula dan saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana bertemu dengan orang-orang yang ingin membantu meningkatkan kualiti dan progress karier muzik saya,” ulas Azry.
Azry merupakan seorang rapper yang bertapak di Johor Bahru. Beliau memulakan karier sebagai seorang rapper dan penulis lagu pada tahun 2018 ketika berumur 20 tahun bersama komunitii hip-hop 81 Agenda. Seterusnya beliau aktif bersama komuniti hip-hop yang lain seperti SECTO sebelum menandatangani kontrak sebagai bakat di Gerobok Records yang iaitu salah satu indipendent record label di Pasir Gudang, Johor. Minat yang mendalam berkaitan hip-hop culture membuatkan Azry meneruskan karier muziknya dan membuat penampilan semula setelah lama menyepi.
“Saya tidak mengharap banyak, cukup dengan tanda sokongan positif dari peminat kerana saya baru membuat penampilan. Akan tetapi saya sangat teruja dan gembira. Semoga pendengar yang mendengar single Kembali akan terhibur dan teruskan menyokong saya sampai bila-bila,” ujar Azry mengakhiri bicara.
Lagu Kembali akan berada di setiap digital platform pada 20 October 2023.