“Selagi waktu berdetik selagi jantung berdetak”. Bahagian chorus bagi lagu terbaru LoonChai merupakan kalimah yang menunjukkan selagi hayat dikandung badan selagi itu mencuba hingga menerima pencapaian tertinggi dalam hidup
“Saya sedang dalam rangka menyiapkan album dan ianya hampir siap tidak lama lagi, single ini juga bakal dimuatkan dalam album tersebut.
“Lagu ini menceritakan tentang motivasi hidup kita adalah datang daripada diri sendiri serta komen-komen negatif daripada orang lain yang ingin melemahkan semangat ketika proses evolusi dan progres pertumbuhan adalah perkara yang memang akan dihadapi setiap manusia.
“Samada kita mengiyakan dan menerima dengan hati terbuka atau sebagai kutukan yang akan melemahkan semangat untuk terus berjuang dengan apa yang dikehendaki.
“Jatuh bangun adalah lumrah kehidupan dan bagaimana kita mengawal ia dan jadikan sebagai pemangkin kearah kejayaan,” ulas LoonChai
Selagi merupakan ciptaan oleh penyanyi LoonChai dan komposer Fennatik. Susunan lagu komposisi muzik yang menarik ini menceritakan tentang kehidupan yang mencabar dan motivasi diri yang penting bagi meneruskan impian menjadi cita-cita. Mengulas tentang lagu ini, LoonChai sebagai penulis lagu ini berkata, “Saya berasa sangat bertuah kerana bekerjasama dengan seorang beatmaker dan producer baru yang berbakat dalam penghasilan produk muzik.
“Beliau berjaya mencipta melodi dan susunan lagu yang mencapai kepuasan saya sepanjang pembikinan produk ini.
“Sejak saya mendengarkan lagu ini kepada orang awam ketika jemputan persembahan di Program Johor Youth Hub di Komtar JBCC, pendengar dan penonton memberikan sambutan yang baik dan tidak sabar menantikan lagu ini dilancarkan secara rasmi.”
Lagu Selagi terbitan Gerobok Records ini boleh didapati di semua digital platform seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 27 October 2023.